Warung Sepahtu

Warung Sepahtu merupakan rancangan bual bicara santai yang digabungkan dengan sketsa komedi. Rancangan ini menggantikan program Sepahtu Reunion Live yang ditunda kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP). [1]Rancangan ini diserikan dengan kehadiran artis jemputan yang berkongsikan tentang perjalanan bergelar anak seni. Rancangan ini juga diwarnai dengan tetamu jemputan yang viral di media sosial datang dari pelbagai latar belakang kerjaya kerja. yang berbeza. Mereka berkongsikan pengalaman kerjaya mereka yang boleh dijadikan inspirasi kepada para penonton.Program ini disiarkan pada hari Khamis jam 9 malam di Astro Warna.

Warung Sepahtu

Bahasa Bahasa Melayu
Negara asal  Malaysia
Penerbit eksekutif Sazilatul Ahamad
Pengarah Annathurai Sathianathan
Penerbit Lydia Emalia Ishak
Tempoh siaran 45 minit
Siaran asal
  • 14 Januari 2021 - 1 April 2021
  • 15 Disember 2022 - 16 Februari 2023
Bilangan episod 22
Rancangan berkaitan Sepahtu Reunion Live
Mencari Sepahtu Yang Hilang
Meja Bulat Sepahtu
Dibintangi oleh Jep Sepahtu (S1-S2)
Shuib Sepahtu (S1)
Rahim Sepahtu (S1-S2)
Pak Ya (S1-S2)
Angah Raja Lawak (S2)
Genre Komedi
Hiburan
Bilangan musim 2
Saluran asal Astro Warna